Pages

Tuesday, September 11, 2012

BANDAR BARU DI JALAN KEBUN DAN KEBUN BAHRU ( RIMBAYU IJM LAND)


PETALING JAYA 29 Mei - Sejajar dengan usaha global melestarikan alam sekitar, IJM Land Bhd. (IJM Land) melalui anak syarikatnya, Canal City Construction Sdn. Bhd. (CCC) akan membangunkan projek pembangunan bercampur berkonsepkan rimba dan bayu di Shah Alam, Selangor.
Projek yang dinamakan Bandar Rimbayu itu dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar RM11 bilion.
Fasa pertama projek itu akan dimulakan pada separuh kedua tahun ini melibatkan pembinaan 526 buah rumah teres.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land, Datuk Soam Heng Choon berkata, projek Rimbayu dijangka mengambil masa selama 15 tahun untuk siap sepenuhnya.
Katanya, projek itu meliputi 10,000 buah kediaman, pejabat, sekolah dan juga pusat komersial di kawasan seluas 751.6 hektar.
"Rimbayu dicipta untuk menggambarkan reka bentuk perbandaran masa depan yang menekankan pembangunan hijau,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat media mengenai projek Rimbayu serta majlis menandatangani perjanjian perkhidmatan di antara IJM Land dan Telekom Malaysia Bhd. (TM) di sini hari ini.
Hadir pada majlis ialah Naib Presiden TM Selangor, Datuk Zaini Maatan dan Ketua Pegawai Operasi Canal City Construction Sdn. Bhd., Shuy Eng Leong.
Bandar Rimbayu bakal menerima kemudahan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) daripada TM.
Malah, setiap bangunan dan unit kediaman akan dilengkapkan dengan bumbung sisilasi (sisilation roof) bagi mengurangkan kesan pulau haba selain mengurangkan penggunaan sistem hawa dingin.
Pemaju turut mengusahakan pengumpulan air hujan di kawasan terpilih dan mewujudkan pemasangan panel solar bagi mengurangkan penggunaan elektrik untuk mendapatkan sistem air panas.
Perbandaran itu juga akan ditanam dengan lebih 50,000 pokok bagi mewujudkan suasana rimba dan hijau.
Lokasi perbandaran itu juga strategik iaitu dihubungkan dengan rangkaian lima lebuh raya utama di Lembah Klang iaitu Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LAKSA), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE).
Ketika ditanya potensi jualan setakat ini, kata Heng Choon, pihaknya telah menerima 2,000 pendaftaran tempahan setakat ini dan ia dijangka meningkat sehingga 5,000 sebelum pelancaran rasmi bandar tersebut.
"Sewaktu pelancaran rasmi, kami akan mengumumkan harga sebenar kediaman yang disifatkan sebagai mampu milik untuk semua rakyat di negara ini.
"Kami menawarkan kediaman teres dari peringkat kos rendah sehingga ke peringkat kos mewah di Bandar Rimbayu,'' katanya.

                                                                                                                                                            DIPETIK DARI UTUSAN

Tuesday, March 27, 2012

harga hartanah terlalu tinggi

Harga hartanah "gila"

BEKAS Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mengatakan harga hartanah kediaman di Malaysia adalah terlalu tinggi, dan jauh di luar kemampuan rakyat.

Beliau menggesa kerajaan mempercepatkan langkah-langkah kawalan dan menghentikan tindakan pemaju yang “merosakan” pasaran, mengikut laporan Nanyang Siang Pau pada Isnin lepas.

Beliau menegaskan bahawa kenyataan yang sering di tekankan oleh pemain industri hartanah bahawa harga hartanah di negara ini adalah lebih rendah berbanding beberapa negara jiran adalah mengelirukan.

Veteran Umno ini menegaskan bahawa “kerajaan perlu berhati-hati, mesti melaksanakan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat”.

Pada kenaikan mendadak harga hartanah dalam tempoh dua tahun yang lalu, beliau berkata “harga hartanah naik macam gila”.

Mengenai dakwaan oleh pemaju dan ejen hartanah bahawa tidak ada gelembung hartanah di Malaysia dan harga di sini adalah lebih rendah berbanding di negara-negara seperti Singapura dan Hong Kong, Daim berkata, “Sudah tentu, pendapatan mereka lebih daripada kita”.

Beliau berkata Singapura secara purata, pendapatan mereka lebih tinggi daripada purata rakyat Malaysia, dan Hong Kong pula kerana tanah terhad manakala di Malaysia masih punyai tanah yang banyak.

Beliau mengulangi bahawa pandangan yang dinyatakan oleh ramai pemain dalam industri hartanah adalah mengelirukan.

Beliau berkata kelonggaran kerajaan mengenai cukai keuntungan harta tanah pada masa lalu dan kelonggaran bank pusat ke atas dasar pinjaman dan garis panduan mengenai pinjaman perumahan telah menimbulkan terlalu banyak aktiviti spekulatif dalam industri.

Katanya hartanah mewah adalah di luar jangkauan rakyat Malaysia.

Beliau berkata kerajaan juga perlu jelas bahawa rakyat mahukan sebuah rumah yang mereka mampu dan yang bakal meningkat nilai pada masa akan datang.

Rakyat juga mahu pekerjaan, dengan gaji yang mampu untuk memenuhi keperluan mereka, katanya.

Selepas itu dapat keluar dari institusi atau sekolah yang baik, dan harga barangan yang berpatutan , tambahnya.

“Jika kerajaan mengambil berat keperluan rakyat, mereka tidak akan mempertimbangkan untuk menukar kerajaan,” katanya.

Daim juga bersetuju dengan pelaksanaan dasar gaji minimum tetapi berkata bahawa produktiviti perlu dipertingkatkan seiring. Pada masa yang sama, kerajaan perlu mengawal inflasi, katanya.

Sambil menjelaskan bahawa seseorang yang berpendapatan RM3, 000 sebulan masih mendapati sukar untuk hidup di Kuala Lumpur hari ini, beliau merasakan bahawa gaji minimum yang sepatutnya ditetapkan pada RM1, 200 sebulan.

info dipetik dari Drumah.com

Thursday, February 9, 2012

membina rumah dan renovation mengikut citarasa anda

membina rumah dan renovate rumah anda















*Membina dan membuat pengubahsuaian rumah anda mengikut citarasa anda

kami sedia menerima tempahan untuk membuat rumah dan pengubahsuaian rumah anda mengikut citarasa dan bajet anda.harga bergantung kepada jenis2 meterial dalaman dan luaran..insyaallah kami memberi harga yang terbaik kepada anda dan menjamin kepuasan hati anda..

~harga yang berpatutan
~saya perlukan pelan dalaman untuk kiraan harga
~memberi lanskap secara percuma atau hiasan dalaman ( simple sahaja )
~melawat tapak rumah anda sebelum mambuat bangunan anda
~deposit 50% setelah setuju dan baki bayar mengikut progres ( cash )
~boleh membuat bangunan mengikut bajet anda..
~sebutharga akan diberi selepas pelan dan meterial serta tapak kami lawati
~kawasan akan dibersihkan selepas kami siap melakukan kerja2 kami

kontraktor bumiputera dan kami ingin membantu anda memiliki rumah idaman anda dengan harga yang berpatutan dan berkualiti..

sila email pada saya pelan dalaman untuk kami membuat anggaran harga terlebih dahulu..

email:
nazhousing09@gmail.com

0192818820
nazhousing

Sunday, January 15, 2012

bank negara perketatkan urusan pinjaman perumahan


bank negara perketatkan pinjaman perumahan berkuatkuasa 2012

Ada yang di sini baru atau telah hantar permohonan pinjaman bank? Nampaknya anda mungkin “sedikit sahaja bernasib baik”, kerana bermula awal tahun 2012,pinjaman bank akan mula diperketatkan dalam erti lain, makin sukar untuk mendapatkan pinjaman bank.

  • Berkuat kuasa 1 Januari 2012
  • Bank perlu beri maklumat terperinci pinjaman
  • Ambil kira pendapatan bersih

KUALA LUMPUR: Institusi kewangan tempatan akan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pinjaman bank, berkuat kuasa 1 Januari depan. Di bawah garis panduan baru Bank Negara Malaysia, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.

Sebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar. (Sumber : Berita Harian)

Antara garis panduan terbaru Bank Negara Malaysia kepada semua intitusi kewangan di Malaysia, suapaya hanya menawarkan pinjaman bank kepada yang benar-benar layak sahaja, antaranya ialah :

Garis panduan ini baru oleh Bank Negara ini tertakluk kepada :
  • Semua permohonan baru yang dibuat oleh individu dan pemilik tunggal perniagaan untuk produk pinjaman perumahan
  • Pinjaman kereta
  • Kad kredit dan kad caj
  • Pinjaman peribadi termasuk overdraf
  • Pembiayaan untuk beli saham kecuali pembiayaan margin saham yang tertakluk kepada peraturan Bursa Malaysia

Dan kalau sebelum ini kita banyak melihat pinjaman kereta mampu melangkaui lebih 9 tahun, bermula awal tahun 2011 tiada lagi pinjaman kereta melebihi 9 tahun dan 9 tahun adalah tempoh pinjaman maksimum yang dibenarkan. Nampaknya hanya angka 9 tahun yang mampu dipertahankan untuk pinjaman kereta, menampakkan itu sahaja kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia membeli kereta-kereta yang ada di Malaysia sekarang, baik kereta Nasional mahupun kereta import.

Bagi kami langkah Bank Negara kali ini, kami agak bersetuju walaupun kami tahu ianya memang pahit untuk ditelan kerana sekarang ini :

  • Kadar NPL makin meruncing
  • Kebanyakan pinjaman peribadi contohnya digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk “tujuan-tujuan yang tidak berfaedah”. Tidak perlu kami huraikan, kami rasa anda-anda semua lebih mengetahuinya
  • Diharapkan apabila kemudahan kredit dikurangkan, sekurang-kurangnya harga rumah akan jatuh sedikit demi sedikit dan kembali ke paras yang munasabah walaupun hakikatnya kelompok daripada REDHA tidak akan mudah “merestuinya”
  • Elakkan lebih ramai muda-mudi daripada termasuk kelompok “blacklist”

Tuesday, December 13, 2011

tempahan kabinet dapur dan gril serta awning



pintu gate depan




awning standard


pintu gate depan rumah



kabinet jenis moden 3G



kabient jenis solid nyatoh ( klasik )

~saya menyediakan khidmat membuat kabinet dapur, gril keliling rumah dan juga awning
~ harga boleh dirunding selepas kami mengukur dan mengira
~jika anda berminat sila hubungi saya untuk maklumat lanjut
~bayaran 50% sekiranya anda setuju dan 50% lagi selepas kami siap memasang
~boleh berurusan bila2 masa jika anda mahu siang dan mlm ( untuk kabinet dapur )
~syarikat bumiputera

0192818820 nazhousing

Sunday, October 9, 2011

CARA CARA MENEMPAH PROJEK DI NAZHOUSING

Untuk pinjaman kerajaan :

> ic dan payslip 1 bulan
> wang proses RM500
>sebelum menempah sila chek dulu kelayakan pinjaman anda kepada jabatan anda berkerja...


untuk pinjaman bank :

> ic , pasylip 3 bulan , ea form , kwsp , pengesahan jawatan dan penyata bank 3 bulan
> wang proses RM500 selepas loan lulus
> sila pastikan nama anda CLEAR dan BERSIH dari tunggakan mane bank atau GUARANTO
> sila nyatakan gaji bersih anda dan komitmen ( hutang bank ) anda sebelum anda menempah bagi memudahkan saya chek anda layak ataupun tidak memohon
> sila pastikaan anda dah cek pada bank nama anda mesti bersih dari CCRIS atau CTOS


jika berminat sila hubungi saya dan emailkan pada sy dokumen2 yang saya perlukan.jika anda sudah email pada saya sila beritahu kepada saya..kerjasama tuan puan amat dihargai..sekian

email : nazhousing09@gmail.com

no tel : 0192818820 ( nazhousing )

Wednesday, October 5, 2011