Pages

Sunday, January 15, 2012

bank negara perketatkan urusan pinjaman perumahan


bank negara perketatkan pinjaman perumahan berkuatkuasa 2012

Ada yang di sini baru atau telah hantar permohonan pinjaman bank? Nampaknya anda mungkin “sedikit sahaja bernasib baik”, kerana bermula awal tahun 2012,pinjaman bank akan mula diperketatkan dalam erti lain, makin sukar untuk mendapatkan pinjaman bank.

  • Berkuat kuasa 1 Januari 2012
  • Bank perlu beri maklumat terperinci pinjaman
  • Ambil kira pendapatan bersih

KUALA LUMPUR: Institusi kewangan tempatan akan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pinjaman bank, berkuat kuasa 1 Januari depan. Di bawah garis panduan baru Bank Negara Malaysia, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.

Sebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar. (Sumber : Berita Harian)

Antara garis panduan terbaru Bank Negara Malaysia kepada semua intitusi kewangan di Malaysia, suapaya hanya menawarkan pinjaman bank kepada yang benar-benar layak sahaja, antaranya ialah :

Garis panduan ini baru oleh Bank Negara ini tertakluk kepada :
  • Semua permohonan baru yang dibuat oleh individu dan pemilik tunggal perniagaan untuk produk pinjaman perumahan
  • Pinjaman kereta
  • Kad kredit dan kad caj
  • Pinjaman peribadi termasuk overdraf
  • Pembiayaan untuk beli saham kecuali pembiayaan margin saham yang tertakluk kepada peraturan Bursa Malaysia

Dan kalau sebelum ini kita banyak melihat pinjaman kereta mampu melangkaui lebih 9 tahun, bermula awal tahun 2011 tiada lagi pinjaman kereta melebihi 9 tahun dan 9 tahun adalah tempoh pinjaman maksimum yang dibenarkan. Nampaknya hanya angka 9 tahun yang mampu dipertahankan untuk pinjaman kereta, menampakkan itu sahaja kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia membeli kereta-kereta yang ada di Malaysia sekarang, baik kereta Nasional mahupun kereta import.

Bagi kami langkah Bank Negara kali ini, kami agak bersetuju walaupun kami tahu ianya memang pahit untuk ditelan kerana sekarang ini :

  • Kadar NPL makin meruncing
  • Kebanyakan pinjaman peribadi contohnya digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk “tujuan-tujuan yang tidak berfaedah”. Tidak perlu kami huraikan, kami rasa anda-anda semua lebih mengetahuinya
  • Diharapkan apabila kemudahan kredit dikurangkan, sekurang-kurangnya harga rumah akan jatuh sedikit demi sedikit dan kembali ke paras yang munasabah walaupun hakikatnya kelompok daripada REDHA tidak akan mudah “merestuinya”
  • Elakkan lebih ramai muda-mudi daripada termasuk kelompok “blacklist”

No comments:

Post a Comment